Tuesday, December 30, 2008

SEJARAH TADIKA ISLAM ALHUSNA


TADIKA ISLAM AL-HUSNA telah ditubuhkan pada tahun 1993 dengan sesi pertama diambil pada bulan DISEMBER 1993. Penggerak utama penubuhannya ialah USTAZ MOHAMAD JAMIL BIN YEOP MAJLIS seorang pendakwah dan aktivis masyarakat. Kumpulan PERTAMA diambil seramai 24 orang pelajar dan 2 orang guru lepasan IJAZAH dari UNIVERSITI MALAYA dan seorang pembantu tadika. Bangunannya mengandungi 2 bilik ketika itu, adalah hasil sumbangan orang ramai yang keseluruhannya menelan belanja RM10,000. Ia dibina di atas tanah SURAU AL IBTIDAIYAH dengan operasinya di bawah aktiviti surau dan USTAZ MOHAMAD JAMIL BIN YEOP MAJLIS sebagai pentadbir utama.



Pada tahun 2002 USTAZ MOHAMAD JAMIL telah menumpukan aktivitinya dalam perniagaan dan terpaksa meninggalkan pengurusan tadika kepada HAJI SUKAIMI BIN RASMI bagi meneruskan usaha membangunkan masyarakat khususnya kanak-kanak tadika. Dengan pengurusan yang baru dan hasrat yang sangat besar TADIKA ISLAM AL-HUSNA terus berkembang dan berubah wajah. Atas sokongan padu pentadbir baru telah memperbaiki sistem pendidikan dan prasarananya. Kini tadika memiliki bangunan yang serba lengkap;



  • DUA BUAH BILIK PENGAJARAN YANG LENGKAP DENGAN KERUSI DAN MEJA BELAJAR.
  • DEWAN MAKAN YANG DILENGKAPI DENGAN KERUSI DAN MEJA MAKAN.
  • PEJABAT PENGURUSAN YANG DILENGKAPI DENGAN KOMPUTER.
  • DAPUR SAJIAN YANG DILENGKAPI DENGAN PERALATAN MEMASAK DAN PETI SEJUK.
  • STOR UNTUK PENYIMPANAN BAHAN MENGAJAR DAN BAHAN STOK.
  • DUA BUAH PONDOK PERMAINAN KANAK-KANAK.
  • TELEVISYEN BERSAIZ BESAR DI DEWAN MAKAN.
  • ALAT PEMAIN VIDEO CAKERA UNTUK TAYANGAN BAHAN PENDIDIKAN.
  • ALAT OHP UNTUK BANTUAN MENGAJAR.
  • KAUNTER URUSAN UNTUK KEMUDAHAN IBU BAPA BERURUSAN.


Sistem pengajarannya juga berubah kepada penggunaan buku kerja yang direka bentuk oleh pengurusan tadika sendiri berpandukan kepada buku semasa. Ini memberikan kesan yang baik kerana dapat meningkatkan penguasaan kanak-kanak dalam penulisan dan pembacaan.
Hari ini pelajar TADIKA ISLAM AL-HUSNA yang meliputi kanak-kanak berusia 5 dan 6 tahun melebihi 50 orang. Lebih 400 orang pelajar telah mengikuti sesi pendidikan sejak ditubuhkan. para pelajar kumpulan pertama hari ini telah berada di kolej-kolej matrikulasi bagi persediaan untuk masuk ke universiti.



Didik anak ikut saranan Islam

Rasulullah saw. membahagikan cara mendidik anak kepada 3 peringkat asas iaitu i) Sebelum usia 7 tahun, ii) antara 7 – 14 tahun dan iii) antara 14 – 21 tahun

Usia sebelum 7 tahun
1) Sebaik dilahirkan, Azan di telinga kanan dan Qamat di telinga kiri
2) Mandikan
3) Berikan nama yang baik
4) Jika 4 anak lelaki, ada seorang yang sama namanya dengan Nabi S.A.W
5) Buat Aqiqah
6) Menyusukan anak - paling lama 2 tahun atau 21/2 tahun
7) Hampir umur 7 tahun
a. ajar solat (berjemaah) – suruh anak lelaki Azan & Qamat
b. Tidak boleh tidur di bawah satu selimut dengan adik perempuan
8) Sebelum anak tidur, cuci muka dan tangan dengan air suam & tuala (dakwah wuduk)

7-14 tahun & 14-21 tahun
1) Ajar baca Al-Quran & kenal ayat-ayat Allah serta maknanya sewaktu usia 7 tahun
2) Apabila capai usia 10 tahun, pukul jika tinggalkan solat.
3) Jangkau usia 10 tahun, asingkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan
4) Ajar Hadis tentang amalan harian
5) Tanamkan rasa cinta kepada Nabi S.A.W
6) Ajak anak beriadah & jangan terlalu manjakan
7) Jangan bersikap kasar, tepati bila berjanji, jangan bezakan anak
8) Bersalam & cium tangan ibubapa
9) Didik beri dan jawab salam
10) Budayakan beri sedekah (misalnya, suruh anak letak duit dalam bekas pengemis di pasar malam atau di tabung masjid)
11) Ajar biasakan ucap “Bismillahirahmanirahim” sebelum mulakan tugasan
12) Ajar doa-doa harian
13) Didik ucap “Terimakasih” dan “Alhamdulillah”
14) Tunjuk contoh baik layan tetamu, budaya membaca (Al-Quran terutamanya) dan rajin berusaha
15) Jika anak lakukan kesalahan, bersikap tenang & jangan cepat marah atau beri hukuman. Panggil masuk bilik dan suruh ibu bersuara - jelas sebab apa salah dan bila dah terbukti salah, ayah boleh bersuara dan beri hukuman ringan (misalnya, sapu sampah, cuci kenderaan, dll.)
16) Jangan biasakan anak makan-minum, ambil dan beri dengan tangan kiri
17) Ajar pelbagai adab dan petua yang baik (misalnya, wuduk sebelum tidur, cara tidur,cara buang air besar dan kecil, dll.)
18) Ajar bersyukur dengan nikmat Allah S.W.T

Dipetik dari laman web:
http://negarakumalaysia.blogspot.com/2007/05/didik-anak-ikut-cara-islam.html



1 comment:

Anonymous said...

ujian sahaja